Wednesday, June 03, 2009
mcm betol
Test test. Nak berbahasa baku ni. Hari ni entry aku ada sedikit eksyen. So sit down relax and enjoy.Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah Tuhan yang selayaknya diserahkan segala kecintaan. Cinta yang abadi dan suci hanyalah cinta yang sujud di telapak cinta-Nya. Syukur, atas kasih sayang-Nya, Allah telah mengurniakan rasa cinta sesama kita sebagai layar yang menyerlahkan lagi keagungan cinta-Nya.
Tidak ada siapa pun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Ia adalah fitrah. Semua manusia terdorong untuk menikmati cinta. Sayang seribu kali sayang, ramai orang hari ini amat mudah tertarik dengan pujuk rayu syaitan. Syaitan datang membawa peralatan yang lengkap seperti wanita, harta bla bla bla. Orang tewas.
Maka bagi sesiapa yang berjaya, mereka dikalungkan dengan mahkota cinta suci yang bersifat kekal. Ia muncul dari dalam ke luar. Dari hati ke mata. Kawanku, jangan sampai cintamu memisahkan kerana cinta yang sebenar akan sentiasa mempertemukan. Mantap kan jati diri,kukuhkan pendirian. Selagi bulan dan matahari bersinar cahaya, selagi matahari belum terbit di ufuk barat, pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di medan dunia.
Subscribe to Posts [Atom]