Wednesday, April 23, 2008

 

"Aku mencintaimu", sukarkah untuk dilafazkan?

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang2, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupon ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupon dia tidak berada di sisi kita.Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah2 dan perwiranya lelaki, sedarlah bahwa satu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana Cinta. Itu lah hakikatnya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia skrang, bukan siapa dia sebelumnya. Ada macam2 cinta. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Bukan laut namanya jika air tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah cemburu dan merindu. Perpisahan dalam percintaan yang belum puas, menambahkan eratnya kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi pada malam hari.

Aku jatuh cinta pada seseorang, ohh indahnyaa........

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]