Friday, March 07, 2008

 
Salam semua. Sebelom aku tidur, aku nak kawan2 semua jawab lah teka teki ini.

1. Benda apa, siang ada, malam takda, tapi ia ada belakang almari?

2. Sate apakah yg semua org tak kira melayu ke cina ke india ke mat salleh takleh makan?

3. Orang giler kalau dia dah mati jadi apa?

4. Ada sebuah kapal yang boleh muat 100 org je. 99 penumpang da naik, bila dtg satu pompan mengandung ni masuk kapal tu, kapal tu trs tenggelam. kenapa?

5. Ikan ape yg bila mati , dia tukar jadi nama org?

Okay. Selamat mencuba. Setiap jawapan betol, anda akan mendapat duit. Satu soalan, 1 dollar! Hehe eh tak percaya? Tapi betol. Sementara ni, 5 soalan sahaja. Berjumpa lagi kita keesokan hari, InsyaAllah. Sapa dpt teka dgn betol semua soalan ini akan dapat duit! Cepat2! ok ok sebelom aku tidor, aku nak ceritakan sesuatu yang aku dapati sungguh mengarot.

Alkisah….

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.

Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut,
”Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..”

Tiba2 guruh berbunyi! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa .

“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminnnnn…. “

SMILEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!





Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]